Sunday, October 9, 2011

SUPER!!

SUPER 1 memantapkan REXCO
TANJUNG MALIM: Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan Kursus Pemantapan Rakan Exco 1 (SUPER1) pada 1 hingga 2 Oktober 2011 bertempat di Kolej Harun Aminurrashid. Kursus ini melibatkan semua rakan exco daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) kira-kira 200 orang merangkumi tiga belas biro yang terdapat dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, KHAR. Kursus ini dianjurkan oleh Biro Akademik dan Kerjaya dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), KHAR.
            Tema kursus ini ialah The Best Example of Leadership is Leadership by Example  bertepatan dengan objektif utama kursus ini untuk melatih rakan exco untuk bekerja secara berpasukan semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Menurut kata pengarah program saudari Nurul Afifah binti Md Jamal “selain daripada melatih rakan-rakan exco baru kursus ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan, JMK dan rakan-rakan exco serta semua penghuni KHAR dan memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada rakan exco dalam mentadbir dan menguruskan sesebuah organisasi.”
            Selama dua hari kursus ini berlangsung, pelbagai aktiviti dan slot-slot yang bermanfaat kepada peserta yang merangkumi aspek-aspek bagi mencapai objektif program tersebut. Bermula pada pukul 1.30 petang , 1 oktober , semua peserta mendaftarkan diri mengikut biro masing-masing. Sejurus selepas pendaftaran, slot pengurusan program telah diadakan. Slot ini telah disampaikan oleh Puan Faridatul Akmar bt Sharif Mudin, penolong pengurus asrama, KHAR. Dalam slot ini peserta telah didedahkan dengan cara pengurusan program dan mengendalikan sesebuah organisasi.
            Selepas itu, peserta didedahkan pula dengan slot  prosedur peminjaman barangan kolej. Slot ini telah disampaikan oleh Encik Alamin bin Ismail, pembantu tadbir kewangan pejabat KHAR. Melalui slot ini, semua rakan exco dapat mengetahui cara-cara untuk peminjaman barangan di kolej ataupun di universiti. “Barangan yang diperlukan untuk sesuatu program tidak semestinya perlu membeli, semua peserta program boleh meminjam di kolej dan pihak universiti.” kata En Alamin.
            Pada sesi petang, kursus itu diteruskan dengan sesi ice breaking. Sesi ini dikelolakan oleh unit aktiviti yang terdiri daripada JMK sendiri. Antara aktiviti yang menarik perhatian, kenali rakan anda dan sayangi belon. Aktiviti tersebut mempunyai nilai-nilai murni yang ingin disampaikan oleh JMK kepada rakan-rakan exco. Selepas selesai semua aktiviti tersebut,peserta dibenarkan rehat untuk sesi malam pula.
            Tepat jam 9.00 malam, semua peserta kursus berkumpul di foyer blok 2 untuk sesi seterusnya. Slot pada malam ini iaitu forum komunikasi pilihan anda. Forum ini telah dipengerusikan oleh saudari Nur Zalikha binti Ismail, Timbalan Yang Di-Pertua JMK KHAR. Bersesuaian dengan tajuk forum itu, mereka telah menjemput ahli panel yang begitu hebat dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Antara ahli panel tersebut ialah saudara Mohd Abu Handhalah bin Kamil, mantan setiausaha JMK, saudari Lasmi bin Lukito, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UPSI serta saudara Nor ‘Isam bin Mohd Nor, mantan Yang Di-Pertua JMK KHAR. Semua peserta menunjukkan semangat mendengar forum tersebut sehingga tamat. Pelbagai soalan diajukan kepada panel sebaik tamat forum tersebut.
            Kursus ini telah diteruskan pada esok harinya. Pada hari kedua kursus tersebut, dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Aktiviti telah dikelolakan oleh rakan exco Biro Sukan dan Rekreasi. Semua peserta diwajibkan untuk menyertai aktiviti senamrobik ini. Disamping semua peserta yang terlibat, En Azman bin Mohd Ramli, felo KHAR juga menyertai bersama-sama rakan exco untuk bersenam. Selepas selesai aktiviti senamrobik itu, semua peserta, JMK dan felo bersarapan pagi bersama-sama.
            Slot yang dinamakan biro marathon pula diteruskan selepas aktiviti senamrobik. Dalam slot ini, semua peserta dibahagikan kepada tiga belas kumpulan. Semua ahli kumpulan terdiri daripada tiga belas biro. Dalam slot ini peserta perlu menjelajah seluruh kolej mencari tempat-tempat yang telah dipersetujui mengikut petunjuk yang diberikan. Slot ini bertujuan semua rakan exco mengetahui portfolio yang ter dapat dalam biro masing-masing. Sebelum mendapatkan petunjuk yang seterusnya, peserta perlu melakukan tugasan di tempat tersebut. Tugasan itu mempunyai nilai- nilai yang murni untuk diterapkan dalam diri rakan-rakan exco.
            Slot seterusnya ialah slot pengurusan pemfailan. Slot ini telah disampaikan oleh saudari Nurfatimazurin binti Wahir, Setiausaha Agung JMK KHAR. Dalam slot ini semua rakan exco dapat mempelajari cara membuat kertas kerja program serta surat-surat program. Dalam slot ini semua peserta dipecahkan kepada biro masing-masing bersama exco membuat satu kertas kerja. Tugasan yang diberikan ini perlu siap dalam 30 minit.
            Sejurus selepas slot itu, slot pengurusan kewangan pula diadakan. Slot ini disampaikan oleh saudari Nor Halawati binti Zulkifli, Bendahari Kehormat JMK KHAR. Dalam slot ini peserta dapat mengetahui cara pengurusan kewangan dalam organisasi. Disamping itu, rakan exco yang menjadi bendahari biro juga dapat menimba ilmu untuk pengurusan kewangan dalam biro.
            Pada petang 2 Oktober, slot terakhir iaitu personaliti dan gaya berlangsung. Slot ini dikelolakan oleh saudari Emy Nazira binti Embung JMK KHAR. Dalam slot ini peserta diberikan satu kertas dan menanda watak-watak masing-masing. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. Dari kumpulan itu kita dapat melihat cirri-ciri dan watak seseorang rakan exco itu.
            Pada malam itu pula telah diadakan Watikah Perlantikan Rakan Exco dan Kettua Rumah. Semua rakan exco, peserta kursus dan ketua rumah terlibat. Watikah telah diketuai oleh Muhd Fuad. Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah pengetua kolej, Dr Mohamad Azizi Shah bin Mohamed Arip dan felo-felo serta JMK. Selepas selesai watikah tersebut, maka tamatlah Kursus Pemantapan Rakan Exco 1.

Thursday, April 28, 2011

lommmmm

selamat tinggal semester 2..........................






jom kita balik kampong!!!!!!!!!!!!











jumpa lagi next sem..........

Thursday, January 6, 2011

lama dah x update blog...hahaha....mklumlah sibuk skit...kah3..minggu ni kan minggu first kuliah.....bes 


oooo.....terutama skali subjek major.....sem ni ambek 3 subjek major...iaitu aljabar linear,kalkulus...dan math 
discrete......


semakin hari semakin susah subjek yg kna ambek.......berdebar2 gler masok kuliah hari pertama....tapi yang 


paling besnya...minggu first ni...subjek kalkulus dah batal klasnya...straight seminggu ni plak 


tu...hahahaha....semua bdk AT14 gembira....termasoklah aku....en Azman lectere kalkulus tu...dia sibuk 


minggu ni...ada keja yang perlu diuruskan...huhuhuhu...tapi...apa2 pon...kuliah lain ada seperti biasa....linear 


algebra dgn Dr Rohaidah.....bes gler klas ni.....dia tu Ketua jabatan Matematik palk tu....pergghhhh!!!!enjoy 


gler dlm klas dia....tapi...enjoy2 pon kna focus jgk....hahaha....math discrete dgn MR. shah.....yang ni lagi 


bes....hahaha...ak pilih klas dia sebab kak illya cakap dia bes....memang betol bes sgt2.....enjoy ja dlm 


klas....paham je apa yang dia ajaq...hahaha....


ok lah...enty kali ni....saja la ada masa skit tadi....hahaahaha
ok lah...gud nite...hehehe.....


"lommm ting tong"...

Sunday, December 26, 2010

KENaNGaNKU

Salam semua….


Entry kali ni nak crita pasal kenangan  ku di 


matrik.....hahaha..  ada yang manis..dan........ada yang pahit........


kolej matrikulasi kedah terletak di changlun,kedah darul 


aman....bes la jugak masa zaman matrik ni....tapi x la enjoy 


sangat......hahahahahaha


aku ambek jurusan sains fizikal kat matrik dulu.....ak 


ditempatkan dalam kuliah F4......ramai.....dalam kuliah ak ada 150 orang....


bes gler......sangat gamat dalam kuliah.....dalam tutorial plak 


skit ja....12 orang je......lecterer bleh kenal sorang2.....klu x 


buat keja mampos......hahahahahah


subjek sains mesti la ada lab...ataupon keja amali la....dalam 


lab pulak dia gabungkan dua tutorial...lebih kurang 30 orang 


la dlm satu makmal tu.....paling bes bila buat experiment 


kimia........hahahaha....mencabar siot......


kenangan manisku di matrik masa ak masok pertandingan 


boling.....hahahaha....pertadingan tu terbuka kepada sumua 


pelajar matrik...ak pon terjoin dalam pertandingan tu....dia 


bermain secara group....setiap group mesti ada 3 orang 


student dan seorang staf.....ak bersama kwnku zal dan 


faisal serta seorang staf pemandu bas...kami bermain dgn 


penuh semangat...hahahaha....yang besnya kami mendapat 


juara.....hahahahaah...kawanku zal dan pak cik tu siap dpt 


permain terbaek lagi......syok gler....


inilah team ak yang menang tu...hahaha


ini gambaq ketika aku nk baling...hehehe


kenangan pahitku pulak bila hari last nak balik tu....kami 


bergambar di sekitar matrik....ak and the gang 


la....hahahaha xkan sorang2 kot....hish.......sedih gler bila 


nak balik......selepas  setahun berhempas pulas belajaq di 


matrik....,yang pahitnya ketika kami syok bergambar diatas 


air terjun tiba2 aku terjatuh....hahahaha....tapi nasibla x 


sakit...hahaha

ni kat pintu gerbang...ada yg sedih dan gembira


ketika diatas air terjun tu...pastu aku  jatuh...hahahaha


hahahaha....itu ja yang nak crita kali ni...hahahahaha...nite...

"lommmm ting tong"

Tuesday, December 14, 2010

"keboringan"

Entry kali ni nak crita pasai ‘keboringan aku’,…..hahaahhaha…

Selepas seminggu blik kuprex gerak kerja ak untuk hari terbuka khar pon 

bermulalah…hehehehe

Aku sebagai seketeriat urusetia dan pameran kna uruskan pameran…

hishhh….hampa ni…

Haritu ak ngan kwn ku….adonis atau nama dlm fbnya Adonis joel mejerenos…

hehe…betoi ke x ???ak pon xtau….

Kami pergi pejabat kol orang2 yg nak buat pameran…ak kna kol sorang bdk 

india…namanya shanty…untuk pameran kaum india…itulah kali pertama  

aku masok pejabat khar…hahaha..

selepas itulah ak menjadi ‘boring’…hampa tau x pasai pa????

sebab housemate ak diorang pegi baktisiswa…..huhuhuh…..ak keserongan  

di bilik ini…..shah, abang long atau nama sebenaqnya amirul khuldi dan 

faiz….diorang meninggalkan ak……..ooooopsss…..sori terlupa….ada sorang lagi 

lah….yang paling happy go lucky dlm rumah ak…iaitu WAHYU……hahahah…dia 

pon p baktisiswa jugak….sunyinya rumah ak…..

pastu petang tadi aku boring gler…..ak turun kat gelanggang bawah….kami main 

badminton…hahaha…ak main dengan Adonis ,shamim dan sahli…best…

oooooo……

kami main dengan penuh semangat..huhuhuhu….tgh2 main….tiba2 datang 3 

orang sahabat kami yang sangat baik….diorang ni JMK lah…..hahaha…iaitu shira 

,su dan awin…..depa pon nak main jugak badminton….kami main sama…..sehingga 

peluhku menjirus bagaikan  hujan…hahahahaha…

kejap ja kami main….pastu dah magrib…..huhuhuhhu….esok plak la…hahaha

pastu sebelum tu….ada sorang lagi kwn ku…meninggalkan aku….ayie atu nama 

sebenaqnya azrin rahim…..dia pegi jumpak menteri katanya dengan persatuan 

mahasiswa anak johor…..

itu ja lah entry kali ni…hahaha…..bermain petang2 boleh menghilangkan boring….kan?????
depa ni ja yang ada lagi bersamku.....
inilah kenangan dgn housemateku...



“lommmm ting tong”….

Saturday, December 11, 2010

kasih seorang ibu!!!!

“kasih seorang ibu”
Entry kali n ink crita skit ni…cerita sedih…..hahahaha
Lagi kisah novel pendek…
(dari seorang kenalan yang suka cerita sedih buat renungan)
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Kita sebagai anak perlu renung-renungkan…dan selamat beramal….