Sunday, October 9, 2011

SUPER!!

SUPER 1 memantapkan REXCO
TANJUNG MALIM: Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan Kursus Pemantapan Rakan Exco 1 (SUPER1) pada 1 hingga 2 Oktober 2011 bertempat di Kolej Harun Aminurrashid. Kursus ini melibatkan semua rakan exco daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) kira-kira 200 orang merangkumi tiga belas biro yang terdapat dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, KHAR. Kursus ini dianjurkan oleh Biro Akademik dan Kerjaya dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), KHAR.
            Tema kursus ini ialah The Best Example of Leadership is Leadership by Example  bertepatan dengan objektif utama kursus ini untuk melatih rakan exco untuk bekerja secara berpasukan semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Menurut kata pengarah program saudari Nurul Afifah binti Md Jamal “selain daripada melatih rakan-rakan exco baru kursus ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan, JMK dan rakan-rakan exco serta semua penghuni KHAR dan memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada rakan exco dalam mentadbir dan menguruskan sesebuah organisasi.”
            Selama dua hari kursus ini berlangsung, pelbagai aktiviti dan slot-slot yang bermanfaat kepada peserta yang merangkumi aspek-aspek bagi mencapai objektif program tersebut. Bermula pada pukul 1.30 petang , 1 oktober , semua peserta mendaftarkan diri mengikut biro masing-masing. Sejurus selepas pendaftaran, slot pengurusan program telah diadakan. Slot ini telah disampaikan oleh Puan Faridatul Akmar bt Sharif Mudin, penolong pengurus asrama, KHAR. Dalam slot ini peserta telah didedahkan dengan cara pengurusan program dan mengendalikan sesebuah organisasi.
            Selepas itu, peserta didedahkan pula dengan slot  prosedur peminjaman barangan kolej. Slot ini telah disampaikan oleh Encik Alamin bin Ismail, pembantu tadbir kewangan pejabat KHAR. Melalui slot ini, semua rakan exco dapat mengetahui cara-cara untuk peminjaman barangan di kolej ataupun di universiti. “Barangan yang diperlukan untuk sesuatu program tidak semestinya perlu membeli, semua peserta program boleh meminjam di kolej dan pihak universiti.” kata En Alamin.
            Pada sesi petang, kursus itu diteruskan dengan sesi ice breaking. Sesi ini dikelolakan oleh unit aktiviti yang terdiri daripada JMK sendiri. Antara aktiviti yang menarik perhatian, kenali rakan anda dan sayangi belon. Aktiviti tersebut mempunyai nilai-nilai murni yang ingin disampaikan oleh JMK kepada rakan-rakan exco. Selepas selesai semua aktiviti tersebut,peserta dibenarkan rehat untuk sesi malam pula.
            Tepat jam 9.00 malam, semua peserta kursus berkumpul di foyer blok 2 untuk sesi seterusnya. Slot pada malam ini iaitu forum komunikasi pilihan anda. Forum ini telah dipengerusikan oleh saudari Nur Zalikha binti Ismail, Timbalan Yang Di-Pertua JMK KHAR. Bersesuaian dengan tajuk forum itu, mereka telah menjemput ahli panel yang begitu hebat dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Antara ahli panel tersebut ialah saudara Mohd Abu Handhalah bin Kamil, mantan setiausaha JMK, saudari Lasmi bin Lukito, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UPSI serta saudara Nor ‘Isam bin Mohd Nor, mantan Yang Di-Pertua JMK KHAR. Semua peserta menunjukkan semangat mendengar forum tersebut sehingga tamat. Pelbagai soalan diajukan kepada panel sebaik tamat forum tersebut.
            Kursus ini telah diteruskan pada esok harinya. Pada hari kedua kursus tersebut, dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Aktiviti telah dikelolakan oleh rakan exco Biro Sukan dan Rekreasi. Semua peserta diwajibkan untuk menyertai aktiviti senamrobik ini. Disamping semua peserta yang terlibat, En Azman bin Mohd Ramli, felo KHAR juga menyertai bersama-sama rakan exco untuk bersenam. Selepas selesai aktiviti senamrobik itu, semua peserta, JMK dan felo bersarapan pagi bersama-sama.
            Slot yang dinamakan biro marathon pula diteruskan selepas aktiviti senamrobik. Dalam slot ini, semua peserta dibahagikan kepada tiga belas kumpulan. Semua ahli kumpulan terdiri daripada tiga belas biro. Dalam slot ini peserta perlu menjelajah seluruh kolej mencari tempat-tempat yang telah dipersetujui mengikut petunjuk yang diberikan. Slot ini bertujuan semua rakan exco mengetahui portfolio yang ter dapat dalam biro masing-masing. Sebelum mendapatkan petunjuk yang seterusnya, peserta perlu melakukan tugasan di tempat tersebut. Tugasan itu mempunyai nilai- nilai yang murni untuk diterapkan dalam diri rakan-rakan exco.
            Slot seterusnya ialah slot pengurusan pemfailan. Slot ini telah disampaikan oleh saudari Nurfatimazurin binti Wahir, Setiausaha Agung JMK KHAR. Dalam slot ini semua rakan exco dapat mempelajari cara membuat kertas kerja program serta surat-surat program. Dalam slot ini semua peserta dipecahkan kepada biro masing-masing bersama exco membuat satu kertas kerja. Tugasan yang diberikan ini perlu siap dalam 30 minit.
            Sejurus selepas slot itu, slot pengurusan kewangan pula diadakan. Slot ini disampaikan oleh saudari Nor Halawati binti Zulkifli, Bendahari Kehormat JMK KHAR. Dalam slot ini peserta dapat mengetahui cara pengurusan kewangan dalam organisasi. Disamping itu, rakan exco yang menjadi bendahari biro juga dapat menimba ilmu untuk pengurusan kewangan dalam biro.
            Pada petang 2 Oktober, slot terakhir iaitu personaliti dan gaya berlangsung. Slot ini dikelolakan oleh saudari Emy Nazira binti Embung JMK KHAR. Dalam slot ini peserta diberikan satu kertas dan menanda watak-watak masing-masing. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. Dari kumpulan itu kita dapat melihat cirri-ciri dan watak seseorang rakan exco itu.
            Pada malam itu pula telah diadakan Watikah Perlantikan Rakan Exco dan Kettua Rumah. Semua rakan exco, peserta kursus dan ketua rumah terlibat. Watikah telah diketuai oleh Muhd Fuad. Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah pengetua kolej, Dr Mohamad Azizi Shah bin Mohamed Arip dan felo-felo serta JMK. Selepas selesai watikah tersebut, maka tamatlah Kursus Pemantapan Rakan Exco 1.

No comments: